Followers

Monday, March 14, 2011

Andai Lelaki Tahu..

Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna.

Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda...

Wednesday, December 8, 2010

mood P.S.M 2 sudaaaa

Alhamdulillah PSM 1 dah selesai..
dah presentation...
dah buat report..
now ada kat lab smabung p.s.m 2 plak...
Ya Allah, semoga Allah membantu dalam memudahkan segala urusanku...

Wednesday, April 14, 2010

6 : 2010 - LG Flash Games

..sila lawati link ini utk keterangan lanjut..
saje nak jadi promoter plak.
ada media interactive contest
boleh la vote utk peserta2 yek

klik jgn x klik link ni..

LG Flash Games


Tuesday, April 13, 2010

5 : 2010 - 2 weeks more..

aduh..x sabar pulak nak habiskan praktikal ni..xpe2, 2 mggu lg bakal abis..skarang masa nak meng update ape2 x siap..malas nye nk mulakan..hurm..ptg smlm dpt email dr supervisor..ade kerja tambahan lagi,,waduh..kene digitalkan borang..so,kene wat borang online la maksudnye di sini..huhu..its ok..bersabar je la,,lecturer dari utm bile2 mase je boleh dtg sini nk tgk presentation..tp x ready lg..aduh..tersangat la malas..kpala da pikir nk cuti da ni..

kpd member2 yg nk exam..good luck ek..aku xde exam sem ni..yahoo!! tp logbook x siap2..hahaha..

pdn muka aku...

Thursday, April 8, 2010

4 : 2010 - tukar lagi..

oakhirnya berjaya jugak aku nak tukar layout..ntah pape ntah layout ni..xpela..nnt bila2 aku cari lagi layout len..hihihi..(kes x de keje) skang aku duk layan hotel mania..hotel putrajaya marriot ni depan ofis aku jek..haha..bile aku kuar opis..nak g opis..teringat kat hotel mania..pape pun citer ni mmg best,,layan dulu..baru tau..

Wednesday, January 13, 2010

2 : 2010 +SahabaT+

Lagu : Sahabat by Aizat AF5
:
Sahabat…mengapa kau pergi
Tinggal aku sendiri
Kau tahu ku tak sanggup

Sahabat…ingat lah kau slalu
Jadi yang terbaik
Walau kau tak disini lagi

Sahabat…aku rindu padamu
Datang walau sesaat
Ku ingin kan kau hadir

Chorus:
Aku disini dan menunggu
Diam tanpa dirimu
Kau tahu ku tak bisa
Beranjak terbang dan melayang
tanpa diri mu ku tak bisa dan kembalilah

klik di sini untuk mendengar

Sahabat Sejati
Album : See You D IPT

Ku biar kalam berbicara
Menghurai maksudnya di jiwa
Agar mudah ku mengerti
Segala yang terjadi
Sudah suratan Ilahi

Ku biarkan pena menulis
Meluahkan hasrat di hati
Moga terubat segala
Keresahan di jiwa
Tak pernah ku ingini

Aku telah pun sedaya
Tak melukai hatimu
Mungkin sudah suratan hidupku
Kasih yang lama terjalin
Berderai bagaikan kaca
Oh teman, maafkanlah diriku

C/O :
Oh Tuhan
Tunjukkan ku jalan
Untuk menempuhi dugaan ini
Teman, maafkan jika ku melukaimu
Moga ikatan ukhwah yang dibina
Ke akhirnya

Aku tidak kan berdaya
Menahan hibanya rasa
Kau pergi meninggalkan diriku
Redhalah apa terjadi
Usahlah kau kesali
Mungkin ada rahmat yang tersembunyi

klik di sini untuk mendengar


...khas untuk sahabat-sahabatku..

Monday, December 14, 2009

1:2010 +Salam 2010+

assalamualaikum w.b.t

dah lame seh sy x update blog sy..
ntah la xtau napa..
bukan apa..xtau nk update ape..

skrang ni..sy tgh menjalani latihan industri tau..haa..act da lama da kat sini..hampir sebulan..
sy tgh mengenali tmpat ni..

ciplak dari website iDec..

tempat ni sbnrnye under UPM, dkat area IOI resort, Hospital Serdang..dan mana2 la yg terdekat tapi x tersebut..skrang just blajar sikit2 jek macamane nk mcmane nk wat website(tp xde maknenye nk sentiase study benda ni..selebihnya paham2 je la.,hehee)..kat sini.dak praktikal ditempatkan dalam sebuah bilik khas.so, staff x duk sekali la ngan kitorg..datang2 ofis bawak laptop sendiri sbbnye kat sini kekurangan PC, bak kate supervisor tgh under renovation lg..first day kitorg datang sini, sume sibuk memanjat sane sini.huh.sib bek la ada bilik khas dilengkapi wireless yg agak laju la..kitorg rela balik bilik amik laptop masing2 sbb xtau nak buat apa..supervisor pun lupe yg ktorg mendaftar pada 14 dec 2009.so, no preparation for us..Act yg ramai gak la member dari UTM dari kos yg sama, adela dalam 7 org.ramai x?hee..orang laen l.i amek dua tige orang la skali..tapi kat sini 7 orang,amik ko!haha..berkampung la kat sini..hurm..skrg xde wat pape..sume duk melayan movie.yela kan, kitorg duk kat sini ala2 mcm KPU kat FSKSM,UTM..mcm makmal komputer,,.so,suke hati ko la nk wat pe kan..tp kena la jaga adap juga,kite ni kat tempat orang okee..


kalo nk upload gamba kat sini soo sori la sy xde gamba kat sini..hehe..nnt ada sy upload lee..

mase krismas ari tu sy ikut along sy i mean my cousin balik kuantan..so, the next day kitorg g bukit gambang resort city..huhu..bapak ramai gilekk orang okee..tgk dari jauh kan mcm ulat sampah..bayangkan nak beli tiket je pun mcm pasar jual ikan..fuhh..lepas tu nk letak barang dalam loker plak beratur lagi..nak sewa tube pun beratur lagi bapak punya pnjang..nak main kat slide lagi laaaa beraturr..tp mmg best..along kata tu belum buka sume lagi tu,,tu baru siket,,harap2 g next time da bertambah besar kwsannye.,.tp sume enjoy jek masa tu walaupun kene beratur dan bersabar..

ondaway..

bukit gambang resort city

bersama sepupu-sepupuku..

xdapat tube..so, main tmpat cetek je la..kang lemas plak..

souvenier from bukit gambang