Followers

Monday, June 27, 2011

saya suka tanam anggur

Hai..selamat tengah hari kawan kawan..
sekarang saya dah habis belajar..Alhamdulillah..kira-kira dah sebulan lebih jugak la saya tanam anggur tepi umah saya...hahahhaa...saya habiskan masa jaga adik2..bantu mak..wat keje umah camtu je la...malam baru saya cari kerja apply sana sini..huhu..best jugak...kadang2 pegi pos ofis..hantar apply pakai pos..nasib baik posmen tak kenal saya..hahaha..herm..baru-baru ini ada dapat panggilan interview di KL..saya pun stay rumah sepupu sebab sepupu cakap dia boleh hantarkan saya ke sana...saya pun ada dapat interview jugak sebagai trainee menjadi guru bidang kemahiran di kolej negeri, seremban 2..saya pun siasat la dulu latar belakang kolej tu...
yang saya terkejut....ramai yang komen kolej tu sangat teruk dari segi pentadbiran, kebajikan untuk student pun xda..pastu saya tanya sepupu dan makcik saya..diaorang pun ada kawan yang penah keje kat situ..xdan sebulan dah berhenti atas masalah yang sama...saya pun buat keputusan x pegi interview tu...seram pulak rasanya,..

rabu ni saya ada interview lagi..kat TM utk skim latihan 1 malaysia..saya nak cuba,..mana tahu ada rezeki...benefits pun ok kalau dapat kerja kat situ..huhu...hopefully...herm..sapa2 penah dapat interview kat TM...cuba cecite kat saya...hehhe...

Monday, April 18, 2011

thinking

..is it i am in love again???????...

Monday, March 14, 2011

Andai Lelaki Tahu..

Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna.

Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda...

Wednesday, December 8, 2010

mood P.S.M 2 sudaaaa

Alhamdulillah PSM 1 dah selesai..
dah presentation...
dah buat report..
now ada kat lab smabung p.s.m 2 plak...
Ya Allah, semoga Allah membantu dalam memudahkan segala urusanku...

Wednesday, April 14, 2010

6 : 2010 - LG Flash Games

..sila lawati link ini utk keterangan lanjut..
saje nak jadi promoter plak.
ada media interactive contest
boleh la vote utk peserta2 yek

klik jgn x klik link ni..

LG Flash Games


Tuesday, April 13, 2010

5 : 2010 - 2 weeks more..

aduh..x sabar pulak nak habiskan praktikal ni..xpe2, 2 mggu lg bakal abis..skarang masa nak meng update ape2 x siap..malas nye nk mulakan..hurm..ptg smlm dpt email dr supervisor..ade kerja tambahan lagi,,waduh..kene digitalkan borang..so,kene wat borang online la maksudnye di sini..huhu..its ok..bersabar je la,,lecturer dari utm bile2 mase je boleh dtg sini nk tgk presentation..tp x ready lg..aduh..tersangat la malas..kpala da pikir nk cuti da ni..

kpd member2 yg nk exam..good luck ek..aku xde exam sem ni..yahoo!! tp logbook x siap2..hahaha..

pdn muka aku...

Thursday, April 8, 2010

4 : 2010 - tukar lagi..

oakhirnya berjaya jugak aku nak tukar layout..ntah pape ntah layout ni..xpela..nnt bila2 aku cari lagi layout len..hihihi..(kes x de keje) skang aku duk layan hotel mania..hotel putrajaya marriot ni depan ofis aku jek..haha..bile aku kuar opis..nak g opis..teringat kat hotel mania..pape pun citer ni mmg best,,layan dulu..baru tau..